Alumni Sang Nila Utama  
         

 
        Sang Nila Utama
Dari 'Aisyah: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Allah tidak menerima solat perempuan yang telah baligh (dewasa) melainkan dengan bertelekung (kekudung)".
Riwayat Lima Ahli Hadis selain dari Nasai
 
       
Hari ini
 
 
 

Laman Utama

Mukadimah  
Cheloteh OnLine  
Forum  
Foto Album  
Aktiviti & Acara  
Iklan  

Buku Tamu

Bilek Beborak
Masukkan Nama anda
untuk ke
Cheloteh Online

Nama :


Pencheloteh Online:
Takde

 
   Dari Alumni untuk Alumni

.:

Apakah Persiapan Meniti Hari Pencen?  
  Mungkin ada diantara kita yang sedar, kurang sedar atau tidak mahu sedar akan tenaga kita yang semakin "kurang kuat atau bertenaga" seiringan dengan usia kita yang semakin meningkat.

Apa akan jadi kepada kehidupan kita apakala kita tidak lagi mampu bekerja. Banyak sebab mengapa kita tidak boleh bekerja lagi. Tidak perlulah saya perjelaskan jenis-jenis sebab yang membuat seseorang yang telah tua itu tidak bekerja. Semua boleh mengagaknya.

Apa yang hendak saya tanyakan disini ialah apakah persiapan kita untuk meneruskan hidup ini sekiranya kita tidak lagi bekerja dan simpanan kita semakin menipis. Kata orang walau duit setinggi gunung sekalipun, ianya akan semakin menipis dan rata sekiranya kita kurang perancangan.

Mungkin ada diantara kita yang telah berjaya dalam kehidupan mereka lebih-lebih lagi dalam meniti hidup pencen ini.

Bolehlah kita berkongsi pengalaman atau idea yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

 
  Dari aLHad diHantar Pada 11/04/2008 Jam 16:24:44  

.:

Cikgu Said Kamari  
  Ingin penjelasan dan maklumat dari alumni semua.

Benarkah berita yang saya dengar kemarin bahawa Cikgu Said Kamari telah meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu.
Sesiapa yang ada maklumat mengenai berita ini harap dapat poskan di sini.

 
  Dari KangMas diHantar Pada 07/04/2008 Jam 19:31:55  

.:

ade sesiape yg tau?  
  baru2 ni....ade pihak yg buat perjumpaan bekas pelajar2 SNU ......Alumni yg buat ke atau orang pihak lain?......ade tak member2 kat sini yg pegi?...kerane ade kawan lame teman kat situ mencari teman dan cube mintak nombor telipon teman....
 
  Dari aba diHantar Pada 29/03/2007 Jam 21:28:43  

.:

Klass 4A Tahun 1968  
  Assalamualaikum,

Saya Ahmad Don Munasip ingin menghubungi rakan2 sedarjah.
Sila hubungi saya melalui forum ini ataupun:

Email: donasip@yahoo.com
Telefon: 97279176

Terima Kasih.


 
  Dari ahmad_don diHantar Pada 08/03/2007 Jam 13:35:22  

.:

Ucapan Simpati  
  Assalamualaikum teman-teman Alumni SNU semua.

Adakah anda mengenali beliau ? Tentu ada diantara kita yang mengenalinya. Beliau juga telah bersama kita di JumpaRaya 2006 November lalu. Beliau juga adalah Alumni SNU pada tahun-tahun 1973-1976. Nama beliau ialah Cik Isriya binte Rawi.

Merujuk kepada berita yang tersiar di akhbar Berita Minggu Singapura, keluaran hari Ahad 31 Disember 2006 (bertepatan dengan Hariraya Eid-ul-Adha), beliau dilaporkan telah menjadi mangsa rompakan disebuah kedai minyak di Tampoi Johor dekat dengan pusat beli-belah Angsana, ketika keluar dari tandas wanita sekitar jam 11.30 malam kelmarin. Rancangan beliau sekeluarga untuk bercuti ke Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan dan mereka terus kembali ke Singapura selepas kejadian tersebut. Dan Cik Isriya yang telah kehilangan beg tangan akibat dirampas oleh perompak tersebut, telah dimasukkan ke hospital Alexandra Singapura sekitar 3.00 pagi semalam akibat patah tulang pipinya kerana dihentak dengan topi keledar.

Kami warga Bahtera Alumni SNU ingin menyampaikan ucapan simpati kepada beliau sekeluarga diatas kejadian yang tidak terduga itu. Dan semoga kejadian tersebut menjadi iktibar kepada kita semua supaya lebih berhati-hati ketika berada di negeri orang. Dan sebaiknya pergi berkumpulan ketika ke tandas awam yang sunyi dan gelap agar mereka yang mempunyai niat tidak baik terhadap kita tidak berani meneruskan niat buruk mereka.

Kami doakan semoga Cik Isriya akan cepat sembuh dan kembali ceria seperti semula bersama keluarga. Jadikan semua yang berlaku sebagai ujian dari Allah swt dalam menguji iman kita.

 
  Dari aLHad diHantar Pada 31/12/2006 Jam 23:13:16  

.:

Fakta-Fakta Dikehendaki ...  
  Inilah cawan (mug) kenangan yang telah diberikan kepada setiap pelajar Sekolah Menengah Sang Nila Utama (SNU) pada tahun 1987 sebelum sekolah tersebut ditutup dengan rasminya. Juga tercatat dicawan (mug) tersebut ialah tahun-tahun dimana SNU beroperasi (1961-1987).

Foto cawan tersebut adalah kiriman Saudara Mohammad (M.S.M.ALI) yang merupakan pelajar tahun terakhir (1987) di SNU dalam aliran Inggeris. Terima kasih Mohammad kerana telah sudi untuk berkongsi maklumat tentang fakta-fakta yang kami kehendaki.

Kami juga masih menantikan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan SNU dari teman-teman Alumni SNU agar dapat kami muatkan dilelaman ini.

 
  Dari aLHad diHantar Pada 01/10/2006 Jam 20:35:00  

.:

Photo kenangan di  
  Salam buat bekas penuntut SNU.
Saya ada beberapa keping photo disekolah SNU. Saya dari aliran Inggeris. Dimana harus saya pos photo photo tersebut? Terima kasih.....

 
  Dari threejellyfish diHantar Pada 20/09/2006 Jam 02:10:14  

.:

Nak Main Woodball ?  
 

Ini bukan permainan bola golf. Nampak macam sedang bermain bola golf. Sebenarnya permainan digambar tersebut ialah "WOODBALL" (sila ketik gambar untuk keterangan lanjut dalam bahasa Inggeris).

Adakah anda berminat dengan permainan tersebut ? Kalau ramai yang berminat, kita boleh tubuhkan kumpulan kita sendiri dalam sukan yang boleh disertai oleh orang-orang tua dan muda. Dan saya difahamkan ada beberapa dari teman-teman kita telah menyuarakan hasrat dan minat dalam sukan tersebut. Saya juga difahamkan oleh Saudari Nasmah Isinin bahawa beliau sedia untuk membimbing kita semua akan cara-cara bermain Woodball tersebut. Menurut beliau, telah ramai orang-orang Melayu yang seusia kita (lelaki dan wanita) telah bergiat dalam sukan ini dibeberapa Kelab Masyarakat beserta dengan orang-orang bukan Melayu.

Lain-lain pautan:-

(1) International Woodball Federation

(2) USWOODBALL

PERHATIAN: Saudari Nasmah telah mempelawa sesiapa yang berminat dalam permainan ini untuk melihat sendiri permainan tersebut di Padang Permainan Woodball dihadapan Block 305 Yishun Avenue 9 (Bertentangan dengan Nee Soon East C.C.) tempat dimana beliau dan kumpulannya sering berlatih.

Jika ada sesiapa yang berminat dalam permainan woodball ini, sila hubungi saya di e-mail hadariasat@yahoo.com

 
  Dari aLHad diHantar Pada 30/06/2006 Jam 21:27:23  

.:

Meh Le Pegi ...!!!  
  Ada apa-apa pertanyaan dan menginginkan penjelasan lanjut tentang "Perjumpaan Hariraya 'Aidilfitri 2006" yang akan berlangsung pada hari Sabtu 18 November 2006, di Dewan Singgahsana Perkampungan Melayu Geylang Serai ?

Jika ia, silalah kemukakan disini... insyaAllah akan kami cuba menjawabnya.

 
  Dari aLHad diHantar Pada 16/06/2006 Jam 15:26:49  

.:

Undangan Majlis Berbuka Puasa dari KCMS  
  Macam mana semua? Bila part ini, apasal semua menyepikan diri?
 
  Dari aLHad diHantar Pada 07/10/2005 Jam 16:14:05  

 

Login untuk melihat
Mesej Peribadi anda

Perniagaan Internet

Jika anda berminat untuk menceburi perniagaan di Internet, disini kami menyenaraikan beberapa halaman yang telah terbukti kejayaannya, mudah-mudahan dengan anda menyusuri lelaman-lelaman tersebut, sedikit sebanyak dapat meningkatkan keinginan anda untuk mencubanya.

     
     
  Hak Cipta Terpelihara © Bahtera Grup - www.sangnilautama.com 2002 - 2006