Dari 'Amri bin Syu'aib: Bahawa sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w., orang itu berkata: "Sesungguhnya saya ini orang miskin tak punya apa-apa, sedang saya memelihara anak yatim". Jawab Rasulullah s.a.w.: "Engkau boleh makan dari harta anak yatimmu , asalkan jangan berlebih-lebihan".
Semakin hari, usia kita semakin meningkat. Dan kebanyakan daripada kita telah bergelar "WARGA EMAS."
Dan samada hendak percaya atau tidak, sesetengah Warga Emas itu masih lagi bekerja untuk menampung perbelanjaan harian dan bulanan mereka. Mungkin ada beberapa sebab yang menyebabkan Warga Emas itu terus bekerja. Apa saja permasalahan mereka, biarlah menjadi "rahsia".
Apa yang saya kehendaki disini ialah bagaimana kita dapat "mengelakkan" diri kita daripada terus bekerja dalam usia EMAS nanti, sedangkan kekuatan tenaga semakin hari semakin tidak mengizinkan... Mungkin ada sumber-sumber rezeki yang lain yang dapat membebaskan Warga Emas - Warga Emas tersebut daripada masalah kewangan.